Hai ! Marilah tengok apa ada dalam blog saya ni. Selamat berjalan-jalan !

Friday, 12 August 2011

Mushroom House.

Mushroom House terletak di Hyde Park di Cincinnati Ohio, USA. Terry Brown adalah seorang professor dalam bidang arkitek dan seni reka dalaman di sebuah Universiti Cincinnati. Beliau juga yang telah membina Mushroom House dengan bantuan para pelajarnya. Pada tahun 2006, rumah ini telah dijual oleh Terry  dan tahun 2008 Terry Brown pula meninggal dunia.

Bentuk Mushroom House yang dibina oleh Terry.

Mushroom House yang menyerupai bentuk cendawan.

Bahagian belakang Mushroom House.

Mushroom House yang dapat dilihat secara menyeluruh.

Bahagian rumah yang bersambung dengan Mushroom House.

Tangga yang menghubungkan pintu masuk ke Mushroom House.

Mushroom House mempunyai rekaan tingkap yang unik.

Sumber :

Sunday, 7 August 2011

La Pedrera

La Pedrera yang bermaksud "Kuari" disebabkan oleh bentuk bangunan ini seperti rupa batu. Pada asalnya dipanggil La Pedrera dengan nama Casa MilĂ . Bangunan terletak di Barcelona Sepanyol. Mula dibina pada tahun 1905 dan siap dibina pada tahun 1912 dan merupakan hasil kerja pembinaan Antoni Gaudi.  Pada mulanya bangunan ini dibina sebagai rumah pangsapuri bertingkat. Ianya dibina untuk pasangan Rosario Segimon dan  Pere Mila. Kini La Pedrera dijadikan sebagai sebuah  muzium.




La Pedrera


Bentuk bangunan hadapan La Pedrera pada waktu malam dengan cahaya lampu.

Rekaan tingkap cermin La Pedrera dengan hiasan yang tersendiri.

Rekaan unik balkoni La Pedrera. 

Ruang tengah yang terdapat di tengah-tengah bangunan La Pedrera.

Bentuk pembinaan La Pedrera yang beralun berbeza dengan bangunan yang lain.

Terdapat patung yang menghiasi ruang tengah bangunan ini.

Terdapat lukisan yang menghiasi syiling.

Rekaan bentuk yang pelik berada di atas bumbung La Pedrera.

Salah satu rekaan yang berada di ruang bumbung La Pedrera.

Pandangan menyeluruh menyaksikan pelbagai rekaan hiasan yang menghiasi bumbung bangunan ini.

Sumber :