Mushroom House terletak di Hyde Parkdi Cincinnati Ohio, USA. Terry Brown adalah seorang professor dalam bidang arkitek dan seni reka dalaman di sebuah Universiti Cincinnati. Beliau juga yang telah membina Mushroom House dengan bantuan para pelajarnya. Pada tahun 2006, rumah ini telah dijual oleh Terry dan tahun 2008 Terry Brown pula meninggal dunia.
BentukMushroom Houseyangdibinaoleh Terry.
Mushroom House yang menyerupai bentukcendawan.
BahagianbelakangMushroom House.
Mushroom House yang dapatdilihatsecara menyeluruh.
Bahagianrumah yang bersambungdenganMushroom House.
La Pedrerayang bermaksud "Kuari"disebabkan oleh bentuk bangunan ini seperti rupa batu. Pada asalnya dipanggil La Pedreradengan namaCasa MilĂ .Bangunan terletak di Barcelona Sepanyol. Mula dibina pada tahun 1905 dan siap dibina pada tahun 1912 dan merupakan hasil kerja pembinaan Antoni Gaudi. Pada mulanya bangunan ini dibina sebagai rumah pangsapuri bertingkat. Ianyadibina untuk pasangan Rosario Segimon dan Pere Mila. Kini La Pedrera dijadikan sebagai sebuah muzium.
La Pedrera
Bentuk bangunanhadapanLa Pedrerapada waktumalam dengancahaya lampu.
Low Impact Woodland Houseterletak diWales United Kindom, UK. Direka olehSimon Dalebersama dengan bapa mertuanya. Rumah ini mengambil masa dalam empat bulan untuk disiapkan. ianya dibina dengan menggunakan bahan semulajadi yang berada disekitar rumah ini dibina.
Tapak rumah ini digali disekitar lereng bukit untuk menghasilkan visual yang rendah dan terlindung. Batu dan lumpur galian pula digunakan untuk menbina tembok-tembok penahan dan sebagai bahan asas kepada pembinaan rumah. Penggunann kayu oak sebagai rangka rumah diambil daripada hutan disekeliling rumah inidibina.Jerami digunakan untuk membentuk bumbung. Penggunaan semula kayu untuk membina lantai dan kelengkapan lain. Kayu pembakar yang mudah didapati digunakan untuk memanaskan. Serombong batu besar membakar kayu untuk kegunaan waktu musim sejuk. Jendela bumbung yang dapat melihat langit untuk merasakan cahaya matahari semulajadi. Sistem tenaga suria digunakan untuk sumber elektrik.
Nautilus Housedireka olehJavier Senosiainpada tahun 2006. Terletak di bandar Mexico. Rumahrekaan ini diilhamkan berdasarkan cengkerang spesisNautilus. Pembinaan rumah menggunakan satu bahankomposit mengandungi simen, pasir, air dan dawai atau jaring. Dinding rumahdihiasi dengan kepingan kacaberwarna-warni yang dipotong. Apabila kita lihat didalamnya pula, kita dapat lihat perbagai warna yang menghiasi ruangan rumah ini. Hiasan dalaman yang lebih kepada flora amat menyamankan. Konsep terbuka rekaan rumah itu didominasi oleh permukaan-permukaan rata, tangga yang berputar danpenanaman tanaman semulajadi yang membuat pemilik rasa mereka hidup di dalam seekor siput. Manakala rumah dikelilingi oleh tiga bandar Mexico yang sibuk, sebelah Baratnya mempunyai satu pemandangan yangmengagumkan seperti gunung-ganang.
Nautilus House
Ini adalah bentukNautilus House
Dinding rumah yang dihiasi dengan kepingan kaca yang berwarna-warni yang dipotong.
Tanaman semulajadi yang ditempatkan didalamNautilus House
Bilik yang terdapat katil serta dekorasinya yang ringkas nampak menarik.
Bilik air dan singki yang dihiasa menjadikannya sangat menarik dan cantik.
Ruang yang terdapatkan sofakuningditengah-tengah tanaman hijau menjadikannya menyerlah dan sangat menarik pandangan.
Dekorasi yang berada di sekitarNautilus Houseyang turut menyerikan rumah ini.
Ini adalah lakaran ringkas rumah ini sebelum dibina.
Sumber :
http://www.beautifullife.info/urban-design/living-in-a-shell-nautilus-house/
Mind House terletak di Barcelona, Sepanyol. Direka oleh Antoni Gaudi pada tahun 1900 hingga 1914. Mind Houseadalah antara 10 bangunan kreatif di dunia. Ianya terletak di dalam sebuah taman yang diberi nama Park Guell. Mempunyai tiga tingkat dan sebuah loteng. Bumbungnya ditatahkan dengan gambar satu warna putih berkotak-kotak dan corak kelabu. Mind House kini merupakan sebuah galeri. Galeri ini mempamerkan barang-barang arkitek dan lakaran-lakaran projek milik Antoni Gaudi yang belum dilaksakan. Di luar pintu Mind House terdapat tangga yang luas dengan pancuran air. Tangga membawa ke atas bukit di mana terdapat teres yang sangat besar, dikelilingi bangku lama berbelok-belok. Taman teres menjadi atap untuk dewan yang sokongan dengan 86 tiang Dorik. Tujuan Mind House ini dibina adalah untuk menggumpulkan wang untuk taman Park Guell.
Inilah rupa bentuk Mind House di taman Park Guell.
Bumbung Mind House yang bercorak-corak warna putih berkotak-kotak dan corak kelabu.
Conch Shell House ini terletak di Isla Mujeres Mexico. Pemilik dan pereka rumah ini ialah Octavio Ocampo. Rekaan rumah ini ilham dari cengkerang laut.Conch Shell House tidak mempunyai sudut. Rumah ini semua dinding dan lantai adalah berbentuk bulatan seperti cengkerang laut. Conch Shell House memiliki dua buah bilik tidur, dua buah bilik mandi dan sebuah kolam. Conch Shell House juga digunakan untuk disewa kepada pelancong. Conch Shell House berwarna putih seperti cengkerang laut.
Bentuk Conch Shell House pada pandangan sebelah tepi.
Kecantikan rumah ini dengan lampu yang menerangi dan menghiasi pada waktu malam menyerlahkan lagi keunikan rekaannya.
Bentuk seakan cengkerang laut menjadi rekaan bumbung Conch Shell House
Rumah ini dipagar dengan pagar dari binaan batu-batu yang yang dipelbagaikan bentuk rekaannya.
Terdapat kolam mandi berhadapan dengan Conch Shell House
Rekaan bilik air yang rekaannya menggunakan dekorasi siput.
Ini adalah pandangan dari Conch Shell House yang jelas kelihatan kolam dan permandangan disekitarnya.
Rekaan dalaman Conch Shell House ini yang berbentuk bulat tanpa ada sebarang sudut.